Isnin, 14 Jun 2010

Pelawaan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Budi Yan, Kedah

Sukacita di maklumkan bahawa Ahli Majlis Kerja Rumah Budi telah bersetuju dan mempelawa YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang berhajat untuk teruskan amal kebajikan melalui Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Anak Yatim/Yatim Piatu Rumah Budi sepanjang bulan Ramadhan 1431/2010.
Jumlah anak-anak yatim/yatim piatu tinggal di Asrama Rumah Budi 70 orang dan pekerja/pengurusan asrama 13 orang. Kadar bayaran dikenakan seperti berikut :

1. Jamuan berbuka puasa termasuk 5 orang tetamu RM450.00. Bayaran RM6.00 seorang dikenakan selepas 5 orang.

2. Jamuan bersahur RM350.00

3. Tarikh perlawaan bermula pada 15 Jun 2010 sehingga 20 Ogos 2010.

Kepada yang berminat hubungi alamat berikut :

Pengerusi Rumah Budi Kedah,
Jalan Pegawai, 06900 Yan ,
Kedah Darul Aman.
No. Tel/Fax : 04-4655208


Sumbangan derma untuk tabungan pengurusan anak-anak yatim/yatim piatu Rumah Budi Kedah boleh dibuat melalui cek/wang pos dan tunai atas nama : RUMAH BUDI YAN KEDAH.

Sekian, atas keprihatinan dan sokongan untuk kebajikan anak-anak yatim/yatim piatu diucapkan terima kasih. Hanya Allah jua yang akan menentukan keikhlasan dan ganjaran darinya.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan